NURUL SHUHADA HAMZAH

: tidak suka susahkan sesiapa :
: tidak akan minta tolong sesiapa ketika susah :
: tidak suka orang yang hipokrit dan pengkhianat :
: benci stalker !!! :

Thursday, October 21, 2010

awak tahu tak ?

bila saya ingat tentang awak saya sedih .
bila saya ingat tentang awak saya hepi .
bila saya ingat tentang awak saya sakit hati .
bila saya ingat tentang awak saya benci .
bila saya ingat tentang awak saya tak takut .
bila saya ingat tentang awak saya tak boleh makan .
bila saya ingat tentang awak saya dapat rasakan awak ada kat situ .
ini bukan main2..saya pun tak tahu kenapa .

mungkin degupan jantung saya ter copy awak punya
mungkin hembusan nafas saya ter copy awak punya
walaupon saya rabun .
 tp sejauh mana pon awak. ,
walau awak sembunyi pon 
saya dapat tahu itu awak..

saya suka buli awak..
kenapa?
sbb saya suka awak..
saya nak awak ingat selalu pada saya..

saya ske sakitkan hati awak...
kenapa?
sbb dimana ada pertelingkahan di situ ada ikatan..
saya mahu awak ingat selalu pada saya..

saya ske katakan sesuatu yg mustahil..
knapa?
sbb saya nak wat awak tertarik..
saya nak awak ingat selalu pada saya..

saya ske membuat perkara bodoh..
kenapa?
sbb saya nak tarik perhatian awak..
saya nak awak ingat selalu kat saya.


bila awak merajuk ,
saya tak reti pujuk awak .
tapi saya berusaha buat awak tak merajuk lagi .
bila awak marah saya ,
muka awak sangat nampak sangat awak marah saya .
tapi saya minta maaf kat awak .
itu tanda say tahu saya salah .
bila awak cakap sesuatu kat saya .
mesti saya diam .
bukan saya tak nak cakap dengan awak .
tapi saya nak bg awak cakap apa yang awak nak cakap .


saya tak reti nak cakap saya suka awak..
saya paksa diri cakap i love u kat awak..
tapi saya tak maksudkan nya..
maksud saya sebenarnya 
saya sayang awak sepenuh hati saya .
sampai hari ni saya tunggu awak..
ble awak nak balas cinta saya?

Cinta . . .

"Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini,tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya.Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah".

Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap2.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
10. Dia menjadi org yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya .
17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya .
20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan .
Tidak semestinya tepat, namun banyak yang tepat mengenainya…cbe perhatikan kekasih anda dengan teliti...kite cbe buat kajian sendiri sejauhmana kebenarannya...=)

Wednesday, October 20, 2010

Road Tour Kuantan

firstly , 
syazwani abrahim saya da baca blog awak .
hehe . kesian awak .
takpe . nnty saya belanja ABC shah alam ye ?
takda hal laaa . =)


next


semalam sehari suntuk berada di Kuantan , Pahang .
engatkan tak nak menginap di sana . 
tapi , 
paham2 saja laaa .
kalau da berjalan , 
mana nak ingat masa kan ?
tuh yang terlajak sampai ke malam .
nak balik hostel pun , 
blom tentu boleh masuk .
sebab da melebihi pukul 11 p.m .
apa lagi . kami pun cari laa jalan alternantif .
iaitu menginap di rumah kawan kami .=)
jimat kos laa katakan .
hehe .
saya bercerita dari permulaan hari ye ?
pagi2 lagi da bangun .
apa lagi .
bersiap laaa .
anak dara kalau bersiap ,
paham2 je laa .
hehe .
lepas da bersiap ,
pergi ambil kereta .
da service , check tayar , temperature semua ,
apa lagi .
Road Tour Kuantan pun bermula .
semua drive mcm hape je .
meter tak nak kalah .
laju tak nak kalah .
yela .
kiranya konvoi VIVA laa katakan .
hehe .
speed habes semua .
sebab tak nak kene tinggal .
waja , alphard , estima , latio ,
semua kami boleh challenge walaupun hnya VIVA
speed tahap cipan masing2 .
haha .
saya paling benci bila follow belakang kereta yang dipandu oleh ,
fadhilah rawi !
sebab suka sgt main break2 dan break mengejut !
sampai kat satu traffiq light tuh ,
ada sebuah kereta mencelah .
apa lagi . .
fadhilah rawi pun break emergency .
saya plak time tuh meter tgh berpusing2 ,
(maknanya tengah laju laa tuh )
apa lagi . . 
duuuusssshhhh !!!!
langgar belakang kereta dia .
haha .
naseb baik member2 ,
apa da hal kan ?
huhu .
kami pun menuju ke East Cost Mall .
niat nak shopping .
tapi takda apa yg menarik .
hanya singgah Body Shop untuk beli barang2 peribadi .
lepas selesai makan , 
semua nak berkaraoke .
apa lagi .
pergi laaa KTV .
bapak murah !
bilik medium , RM40 , karaoke 3JAM !
waaaahhhh ! sangat gempak !
saya boleh jadi regular customer kalau KTV ni ada kat shah alam .
huhu . kaki karaoke laa katakan !
lepas karaoke , habes dalam pukul 7 malam ,
kami singgah di kedai makan milik family kawan kami .
perrrgghh ! makan FREE beb !
lauk terbaik !!! sangat terbaik !
bila da kenyang ,
perut da berisi , rasa malas plak nak balik .
tapi masing2 gian nak main bowling .
kawan kami pun bawa laa kami pergi main bowling .
dalam pukul 9 p.m.  baru bertolak .
sesudah sampai je pusat bowling tersebut ,
kami tak dibenarkan bermain pada hari tuh .
nak tahu sebab apa ?
sebab ada tournament laa plak .
haih !
dr jauh datang ingatkan dapat main ,
rupanya tidak !
ggggrrrrrhhhh ! 
kami pun tukar laa lokasi .
iaitu menuju ke Benteng .
kawan saya kata , 
lepak situ sebab boleh tngkap gambar .
nak tangkap apanya ?
kawasan tak nak gelap plak !
da bosan kat situ ,
pergi pula ke Teluk Chempedak .
kat sana best sikit .
ada pantai , McD , KFC .
so , takda laa bosan .
time tengah jalan keliling pantai ,
saya terlihat ada pelukis .
saya dan Fadhilah Rawi rasa excited gila nak suruh abg tuh lukis gambar kami .
hehe . ( macam kat shah alam takda je benda ni )
abg tuh kata ,
selalunya dia lukis ambil masa dalam setengah jam sahaja .
tapi . .
dia lukis gambar fadhilah Rawi ,
ambil masa lebih dr sejam !
haha . sebab dia cerewet sangat kot ?
gambar tersebut siap dalam pukul 1 a.m .
kami semua da letih .
niat nak balik terus .
semasa dalam perjalanan nak balik ,
kami jumpa dua Road Block.
kami tak lari . buat apa nak takut .
redah je !
sampai je kat polis tuh , saya drive slow .
kereta kawan saya kat depan da kene tahan , berhenti tepi .
saya ingat saya tak kena , 
tapi , 
saya juga disuruh berhenti ke tepi .
saya pun benti laa tepi jalan .
polis tuh minta laa I/C kami semua .
dia ingat saya takda lesen laa tuh .
saya pun bg laa I/C daln lesen .
sebab polis tuh minta . 
lepas dia da check semua I/C ,
dia panggil nama seorang2 untuk ambil I/C masing2.
nama saya paling bawah sekali .
dia pun panggil laa nama saya .
saya nak ambil I/C saya ,
tapi polis tu tak nak bagi.
then , tiba2 dia sound saya ,
dia cakap "awak nampak tak tuh tanda apa ? "
( maksudnya papan tanda "berhenti . pemeriksaan polis" )
saya pun jawab laa "nampak !"
polis tuh kata lagi "kalau nampak , kenapa awak tak berhenti ?"
saya pun diam je laa .
polis tuh memang bangang .
dia tanya saya soalan yang sama seperti diatas , banyak kali .
kali terakhir dia tanya , 
saya mula tinggikan suara .
saya sound dia balik .
saya cakap " kalau cik nak saman , cik saman je laaa !!!! "
secara automatik muka polis tuh berubah .
mesti dia ta expect yang saya berani sound dia mcm tuh .
fadhilah rawi pun da bengang tahap cipan .
dia terus cakap , " call abah laa senang ! "
( abah tuh ialah seorang polis dan juga jurulatih kami masa sekolah )
time dia cakap mcm tuh ,
air muka polis tuh terus berubah .
dia siap tnya kagi " nak call sape tuh ? "
kami tak jawab pun . padan laa muka kau !
haha .
kau ingat kami budak2 kecik ke kau nak bodoh2 kan ?
sorry laa !! kau silap orang !
lepas je kami kata nak call abah kami ,
dia terus bagi I/C dan lesen saya .
saya pun ambil laa .
then , polis tuh teus pergi .
dia tinggalkan kami terpinga-pinga .
saya pun malas nak tunggu lama2 , 
saya pergi laa kat polis tadi .
saya tanya dengan nada yang amat kurang ajar " da boleh balik ke ?!!!! "
polis tuh pun jawab " ye . awak da boleh balik . "
dia cakap dengan nada yang sangat peramah .
seolah-olah mcm takda apa yang terjadi tadi .
aik ? tiba-tiba je kan ? takut ke ?
haha . lawak laa kau ni polis !
semasa dalam kereta ,
apa lagi .
operasi kutuk mengutuk dan ketidakpuasan hati dijalankan .
haha . saya tak sangka yang saya berani buat mcm tuh .
hohoho. =)
dalam 15 minit kemudian ,
sampai laa tempat penginapan kami .
masuk je rumah ,
sembang2 kejap dengan tuan rumah ,
kami terus masuk bilik ,
tukar pakaian ,
terus tidur .
ZzZzZzZzZzZzZzZzZ !!!!!!
sampai besok pagi .


next


sepanjang malam saya tidur ,
banyak kali kaki saya kejang semasa tidur .
sakitnya , tuham saja yang tahu .
lepas da bersiap-siap nak balik hostel ,
kami sempat bersarapan nasik kerabu .
boleh tahan rasanya .
da kenyang , apa lagi .
bertolak laa balik terengganu .
semalam nak sampai Kuantan ambil masa hampir2 3jam baru sampai .
hari ini , nak balik Terengganu , hnya ambil masa tak sampai 2jam .
waaahhhh !
betul-betul speed ni .
hehe .
alhamdulillah , selamat sampai ke destinasi .
lepas ni saya nak tidur . 
saya sangat penat .
hehe .
semoga terhibur setelah baca blog saya ini . 
have a nice day ! =)





Monday, October 18, 2010

excited gila !

apa yang saya nak cakap kat sini ,
yang besok saya dan kawan2 saya nak pergi holiday !
haha .
sangat excited laaa .
tak sabar-sabar nak pergi . 
hehe  .
kali ini saya pergi dengan kawan-kawan fadhilah rawi dan haliza nor aimi .
kesian sahabat saya lagi seorg tuh . syazwani abrahim .
sedangkan dia yang beria-ria nak pergi .
namun , 
apakan daya .
dia rindu kat mak dia kot ?
sebab tuh dia nak balik rumah .
lagi satu , 
ada seorg pengaruh besar yg da pengaruhi dia .
iaitu azirah arbak a.k.a kimi a.k.a justin bibir !
haiyaaa bro !
kenapa lu hasut kawan wa huh ???
hish !
kan saya da bosan tahap gaban kat sini .
syazwani abrahim . . 
da balik rumah tuh , 
jangan tak study plak !
engatk pesan aku ye ?
hehe .

seronok !

pagi-pagi lagi da bangun .
sebab nak pergi class datingg tuh .
haih .
da laa malam tadi tidur lambat .
sebab layan fadhilah rawi haliza norazmi kak fina 
gelak2 , bercerita , mmg laa tidur lambat .
hehe .
hari ini ada speed test lagi .
test 1 , test 2 , test3 , test 4 test 5 !
haaaa .
banyak kan test .
cuba korg bayangkan mcm mana nak taip semua ini ?
penat tak penat laa kan .
mmg aku boleh kena penyakit ni .
nak tahu apa nama penyakit tuh ?
carpal turner syndrome !
haa . ni laaa nama penyakit tuh .
ni adalah sejenis penyakit yg effect akn tangan dan jari .
faktor2 penyakit ini adalah sebab terlampau lama menghadap laptop
dan juga menaip tanpa rehat .
org tua ni nak bg semua students dia kene syndrome ni ke ?
haha .
naya je kalau aku kene syndrome ni .
haih .
dalam banyak-banyak lima test tuh ,
satu hape pun aku tak dapat buat !
ggggrrrrrr !!
geram gilaaa ...
lepas da abes test ,
nak pg makan .
sebe;um tuh teman syazwani abrahim beli makanan kat kapas .
yela .. dia tak nak makan kat perhentian .
sejak kes pelaris kat perhentian ,
mana nak dia makan kat situ .
saya plak jenis tak kesah .
sebat je apa yg ada . hehe .
sementara tunggu fadhilah rawi dan haliza azmi siap ,
saya balik kolej jap dan uruskan permohonan kolej tok sem depan .
budak dua ekor ni kalau bersiap , 
macam hape je .
sakit hati saya tunggu dorg ni .
haha .
macam lembu !!!!
haha.
kesian . .
leas makan kat perhentian ,
terus laa pergi pejabat koleh untuk hantar borg permohonan kolej .
sampai2 je . .
fffuuuuhhhhhh !!!
tak nak ramai plak kan kat  pejabat kolej tuh !
so,
terpaksa laa tunggu giliran .
lepas da abes , 
balik bilik terus update blog .
hehe .
sekarang saya nak tidur .
besok sambung balik . hehe .
daaaa~

Sunday, October 17, 2010

terkena lagi !

semalam . .
saya bengang tahap gaban dgn Datinggggg tuh .
saya kene marah sudah .
hadoi . .
nak tahu sebab apa ?
sebab saya menaip menggunakan 2 jari .
halamak !
sekali kantoi daaaaa .
haha . 
kene potong 10 markah plak tuh .
hadoi . 
berkurang laaa carry mark saya !
then lepas abes class Datinggggg tersebut berjumpa dengan saya .
dia bertanya :
datingggg : kenapa awak menggunakan dua jari ?
saya : saya da guna sepuluh jari laaa datin . 
tapi . .
saya tak letak laa jari saya kat home keys tuh .
datinggg : saya terpaksa tolak 10 markah .
sebab awak tak praktikan apa yg saya da ajar .
saya rasa penat saya tak berbaloi .
letih saya mengajar awak .
kalau .
awak tak praktikan apa yang saya ajar . 
saya pun tunduk laaa .
bukan takut ke hape .
tapi saya malas nak dengar dia membebel .
sakit telinga laaa !!
nak potong markah ,
potong jelaaa. 
haih .
sebelum tuh ,
dia sempat sound saya .
dia cakap :
besok time speed test , 
saya akan keep on eyes awak !
halamak !
mapuh ( loghat terengganu ) saya !
susah laa kalau mcm ni .
kene practice ni . . .




next


hari ini ada speed test .
dalam hati saya . .
kompom2 laa berdebar .
yelaaa ..
sebab semalam dia da warning kan .
hish !
sabar je laa aku .
lepas hampir setengah jam uruskan pasal fail ,
speed test pun bermula .
datingg tuh asek ulang alik belakang saya je .
hish !
lagi laa terkial-kial nak taip guna sepuluh jari .
betol-betol keep on eyes org tua ni !
bila dia blah je ,
ffuuuhhhhh !
sangat lega .
kerana boleh taip cepat sikit .
tapi . .
tak lepas juga laaa .
sangat terkilan .
apa laaa . 
bagi masa lima minit je .
bg laa sepuluh minit .
baru gempak !
haha .


next 


suudah habes class typing .
then nak bincang laa pasal picnic dgn madam .
sebelum ni ,
semua poyo2 kata nak pergi picnic .
bila da arrange semua ,
tak nak plak .
13 org je yang nak pergi dr 29 org .
apa laa korg cerita mcm keling ni ?
hari tuh bukan main lagi .
semua cakap nak pergi .
tah hape2 tah .
nyampah aku .
tak kesah laa korg nak balik rumah pun .
da tahu nak balik rumah ,
tak payah laa gedik sgt nak buat picnic .
mcm2 laa korg semua ni .
hurm . 
baru ingat nak lepak dgn madam .
korg buat spoil laaa !
ggggrrrrrrr !!!!!
sabar je laa .
bukan rezeki kot .
syazwani abrahim husna no'man shema kamal korg je yg best !
tetap nak pg picnic !
terboek laaa .


next 


hari ni saja da lima kali anje call saya serta text .
hanya kerana .
mengingatkan saya pada sesuatu .
iaitu . . .
pukul 2 petang tgk tv3 , Nona !
halah anje pun .
saya ingat laa .
tak lupa pun .
nak tahu kenapa benda ni mcm penting ?
sebabnya . . .
itu adalah perkahwinan yang di sponsor abes oleh 
Dato' Putra Azla a.k.a abah saya .
hehe .
dan dlm perkahwinan tuh ,
saya menjadi pengapit .
so , 
kena laa tgk kan ?
hehe .
tapi sekejap je pun .
then anje call .
saya pun mengadu laa pada dia .
saya kata laa .
kenapa sekejap je ?
dia jawab ,
takpe .
balik nnty dia bg tgk vidoe yg full .
woah !
tak sabar nak balik .
tapi kan .
saya takut takda masa laaa .
sebab kan . .
saya da apply kerja sambilan pada musim cuti sem nnty .
halamak.
patut kerja ketak eh ?
hurm .
poning2 .


sekian cerita utk episode ini .
terima kasih kerana membaca .
=)

entah laaaa

hari ini saya dapat merasakan sesuatu .
sesuatu yang begitu aneh .
kenapa saya tak dapat lupakan dia ?
sayang saya pada dia tak pernah luntur .
tapi . .
kenapa dia tak boleh sayang saya ?
saya sayang awak .
awak tahu tak ?
kenapa awak tak boleh sayang saya ?
awak da janjikan nak kawin dengan saya ?
kan itu yang awak rancang ?
abes tuh , 
kenapa awak buat saya macam ni ?
sanggup kan awak ?
saya terluka sgt .
kalau laa awak tak janji apa2 kat saya .
mesti saya tak terluka sampai macam ni sekali .
salah saya ke awak ,
kalau . .
saya sayang awak seorang ?
salah saya ke awak , 
kalau . .
saya tetap nak tunggu awak ?
salah saya ke awak ?
hati mana yang tak sakit awak oii ?
tiap2 malam saya tunggu panggilan awak .
tak kesah la awak nak marah saya ke hape ke .
janji awak call saya .
saya terlalu rindu sgt nak dengar suara awak .
tapi . .
apakan daya .
awak mmg da lupa kat saya kan ?
takpe laa awak .
saya ingat lagi awak pernah ckp kat saya ,
saya laa segalanya bg awak .
tapi . .
itu semua hanya laa kata .
saya rindu sgt nak dengar awak ketawa .
awak gelak .
awak menyanyi .
awak buat lawak .
awak marah saya .
awak ajuk kata saya .
awak buat saya menangis .
sangat rindu awak .
kenapa awak tak boleh pikir semua ni ?
awak da besar .
tapi . .
awak tak reti pun nak setel masalah kita .
takpe laa awak .
saya tetap sayang awak .
=)

Saturday, October 9, 2010

sahabat =)

sahabat . . .
ungkapan yang paling bermakna . 
pada sahabat juga laa kita selalu kongsi segala masalah .
pada sahabat juga la kita selalu bergurau .
pada sahabat juga la kita selalu ketawa .
pada sahabat juga la selalu kita luahkan perasaan .
pabila gembira ,
pada sahabat kita bercerita .
pabila duka , 
pada sahabat juga laa kita mengadu .
pabila hati terluka ,
pada sahabat juga kita menangis kan ?
kenapa mesti sahabat ?
sebab .
sahabat sahaja yang boleh kita kongsi segala masalah .
sahabat tak pernah berkira dgn kita .
betapa indahnya memiliki sahabat .
lain pula dengan kawan atau teman .
kawan dan teman adalah berbeza berbanding sahabat . 
kawan dan teman tak mcm sahabat .
mereka hanya kawan pada pandangan mata .
hakikatnya ,
dalam hati mereka tetap mengata dan mengutuk kita .
ada je laa yang mereka tak puas hati .
tetapi . . .
sahabat tidak begitu .
sahabat amat menjaga hubungan .
biasa laa kalau bergado atau merajuk .
saja nak manja2 laa katakan .
hehe .
tak ramai ada sahabat dalam dunia ini .
tapi , 
ramai yang memiliki kawan dan teman kan ?
hurm .
kadang takdinafikan ,
kita ada juga melupakan sahabat tersebut .
lagi2 apabila kita mendapat sesuatu yang baru .
kesian kat sahabat kita tuh kan ?
sampai hati kita buat dia mcm tuh .
tapi ,
sahabat kita tak pernah marah .
sebb apa ?
sebab dia paham yang manusia ni mudah lupa .
hai sahabat .
janganlah kau tinggalka aku .
sesungguhnya aku hanya ada kau .
amat penting dalam sesebuah persahabatan ,
ada kepercayaan dan saling menghormati .
terima kasih sebab menjadi sahabat saya .
saya amat menghargai anda semua .
maaf kalau ada salah dan silap .
=)

terkilan dengan perangai awak !

kenapa awak ?
kenapa saya yang jadi mangsa awak ?
kenapa saya , awak ?
hurm . 
apa salah yang saya buat kat awak ?
saya tolak mcm2 lelaki demi kesetiaan saya kepada awak .
kenapa awak ?
awak tahu tak , 
saya amat terluka ?
kenapa awak buat saya mcm ni ?
saya ingat awak da berubah .
ternyata tidak .
saya ingat lepas awak tinggalkan saya dulu ,
awak da berubah .
tapi tetap mcm dulu kan awak kan ?
awak tinggalkan saya disaat-saat saya amat memerlukan awak .
awak ingat saya apa ?
barang mainan ke ?
saya ada perasaan sama gak mcm awak .
tapi .
kenapa awak tak boleh paham ye ?
hari ini awak call saya .
saya mati-matian ingat awak nak ajak berbaik .
tapi , 
awakcall saya sebab apa ?
sebab awak nak saya delete gambar awak dalam fb .
awak ingat saya tak terkejut ke awak ?
saya sedih sgt .
tapi saya tak tnjuk pun kat sape-sape .
mmg awak tgk saya mcm gembira je .
padahal dlm hati saya ,
awak tak tahu mcm mana kan ?
awak ingat senang ke saya nak lupakan awak ?
awak tuduh saya ada lelaki lain dalam fb tuh .
awak ingat saya bodoh sgt ke ?
kalau betul saya nak ada jantan lain ,
takdanya saya buat depan mata awak laa .
dan tak kan juga saya bg tahu awak email dan password fb saya .
tapi awak tetap tak nak paham kan ?
awak ego !
ego awak tinggi .
kalah motor rxz awak tuh .
kalau laa saya nak cari lain , 
saya tak kan tunggu awak taw ?
kenapa ye awak tak boleh pikir semua ini ?
saya tak penah menyesal mencintai org mcm awak .
biarlah org nak ckp awak apa pun .
saya tak kesah laa awak .
saya boleh paham awak .
kenapa awak tak paham saya ?
saya sedih sangat .
sangat sedih awak .
terlalu banyak benda yang saya nak kongsikan dengan awak .
tapi . .
awak da takda dalam hidup saya kan ?
betul kata orang .
saya tak patut sayang awak sangat .
tapi ,
saya tak penah rasa menyesal .
mungkin salah saya 
sebab ,
terlalu menyintai awak kan ?
takpe laa awak .
saya tak salahkan awak pun .
saya yang salah kan .
semua ni saya yang salah .
berpunca dr saya .
terima kasih laa awak .
sebab pernah hadir dalam hidup saya .
terima kasih .
selamat tinggal . =)

Friday, October 8, 2010

hanya sementara

Tiada guna kau berpatah arah
Jika niatmu meyambung kasih
Apalah ertinya disebalik
Tangisan atau rintihan

Untuk apa kau kembali lagi
Sekadar hanya untuk menyakiti
Cukuplah sudah di sini saja
Biar aku pendam duka

1
Hati sedih, hati pedih
Mengenangkan keindahan
Bersamamu...

Tidak kusampai
Ke puncak sana
Apalah daya
Ku bertahan cuma
Di pinggiran
Yang memilukan...

Jauh sekali di sudut hati
Menyimpan dendam yang amat mendalam
Akan kusahut namamu oh! sayang
Sewaktu ku kesunyian...

Thursday, October 7, 2010

x m a s =)

hari ini ada presentation .
haha .
aku dipaksa menjadi santa claus la .
haha .
kenapa mesti aku ?
sebab aku cool kot ?
hehe .
hari ni first time pg class pakai pakaian office .
turun dr bilik ,
ramai yg tegur .
hehe .
dorg juga puji saya amat cantik .
hehe .
thanks guys !
hehe .
ni adalah gambar2 saya ketika present td .






cumeelll kan kami semua ?
lagi2 santa claus tuh . haha .

Wednesday, October 6, 2010

s a d =(

tetiba teringat plak kat si dia . 
ni laa gambar dia yang paling latest 
time keluar dgn si dia .

sangat merindui dia .
kenapa dia tak call saya ?
mmg btol2 dia da lupa saya .
hurm .
sampai hati dia .
hidup saya amat sunyi gila .
sebab hanya dia yang mampu buat saya sangat gembira .
dia sahaja yang mampu buat saya ketawa tak ingat dunia .
hanya dia .
kalau dia cari saya satu hari nanti ,
saya nak cakap mcm ni kat dia :
awak . . .
saya sayang awak .
sangat sayang .
awak tahu tak ?
hidup saya sunyi tanpa awak .
sangat sunyi laa awak .
dulu awak janji mcm2 kat saya .
awak kata awak sayang saya .
awak tak kan tinggalkan saya .
awak nak kawin dgn saya .
tapi awak . . 
mana janji2 awak tuh ?
awak tinggalkan saya macam tu jer wak .
awak pergi tanpa tinggalkan apa2 pesan .
awak hanya tinggalkan kesan jer wak .
kesan kasih sayang awak ,
kesan kelukaan awak .
awak tahu kan saya sayang awak .
tapi . .
kenapa awak sanggup buat saya mcm ni ?
saya sedih wak . sedih sangat .
sedangkan awak tahu 
saya sayang awak sorang .
hurm .
takpe laa awak .
saya tetap tunggu awak .
maafkan saya awak .
sebab buat awak mcm ni .
maaf awak .
saya tetap tunggu awak .
itu janji saya pada awak dulu kan ?
awak tentu ingat . 
terima kasih awak =)