NURUL SHUHADA HAMZAH
: tidak suka susahkan sesiapa :
: tidak akan minta tolong sesiapa ketika susah :
: tidak suka orang yang hipokrit dan pengkhianat :
: benci stalker !!! :
Tuesday, June 28, 2011
RINDU
dua tiga hari ni
susah sangat mata nak lelap
kalau lelap pun , tak lena sangat
ada satu hari tuh
aku rindu sangat kat arwah Ayah dan Atuk aku
nak sangat peluk dorg
kalau lah aku boleh peluk dorang kan ?
kadang-kadang time baca yassin
sebak dan sedih hati aku
sampai nak menangis
sebab aku terlalu rindu kat dorg
Arwah Ayah aku
walaupun aku tak sempat membesar dengan kasih sayang dia
what ever is , aku tetap sayang Ayah aku
kadang2 aku jelous tengok orang lain yang ada ayah
yang boleh peluk cium ayah dorg
tapi aku tak dapat buat semua tuh
lepas arwah Ayah aku meninggal
yang jaga kebajikan aku Adik beradik adalah Atuk aku
dia curahkan segala kasih sayang dia kat kitorg
macam2 dia bagi supaya kitorg ni tak rasa yg kitorg takda Ayah
makan pakai semua cukup
duit jangan cakap laa
nak pape , mintak je
bila da besar
masing-masing sibuk dgn sekolah , aktiviti kat sekolah , kawan2 lagi
kadang2 takda masa nak lawat Atuk
bukan jauh sangat pun
kat Sec. 2 je
tak sampai 15 minit , da sampai kalau dr rumah aku
ada satu hari tuh dia call
dia cakap dia rindu kitorg
lagi2 kakak aku
tapi masing2 buat tak port sebab pikir lainkali boleh lawat dia
tetiba malam aku dapat panggilan
yang Atuk aku dikejarkan ke hospital
tak lama lepas tuh
dia disahkan meninggal
berderau darah aku dengar
aku dan adik aku tunggu laa kat rumah
sebab kakak aku yang akan bawak pg rumah atuk
sampai je rumah
pilu gila hati aku tengok sekujur tubuh yg kaku tidak bernyawa
tubuh yang selama ini bagi aku kasih sayang yg tak belah bagi
Adik aku da nagis awal2 sebab dia yang paling manja dengan Atuk aku
aku duduk di sisi tubuh yang kaku tuh
aku ratap wajah dia buat kali terakhir
sebak sangat
lepas ni da takda daa orang yang aku boleh peluk cium
sampai ke hari ini aku menyesal sebab tak dtg tengok dia time dia call
menyesal sangat !
kalau lah aku tahu time tuh ajal dia nak sampai
aku pergi lawat dia
MAAFKAN ADAH , ATUK ! T___T
sejak dari tuh
ibu laa yang jaga aku adik-beradik
ibu laa Ayah , ibu laa Ibu dan Ibu laa Atuk
aku berusaha sungguh-sungguh nak harumkan nama keluarga aku
harapan arwah Atuk aku ialah nak tgk salah seorg cucu di masuk UiTM
dan kini
aku yang berjaya menjejakkan kaki aku ke UiTM ini
kalau aku jumpa Atuk , aku nak cakap :
"Atuk , Adah da berjaya capaikan cita2 Atuk , Insya Allah , DEGREE akan Adah genggam ! "
dan aku berdoa agar Adik aku akan ikut jejak langkah aku
AMIN ~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment