NURUL SHUHADA HAMZAH

: tidak suka susahkan sesiapa :
: tidak akan minta tolong sesiapa ketika susah :
: tidak suka orang yang hipokrit dan pengkhianat :
: benci stalker !!! :

Monday, March 28, 2011

~ A.Y.A.N.G ~

Setiap manusia mempunyai kenangan masing-masing .  ada suka mahu pun duka . saya ingin kongsi sedikit pengalaman saya . harap enjoy

Kali pertama bertemu dia . tak sangka sangat . mula2 jumpa , dok kutuk macam-macam . kata dia hitam mcm arang la . kata dia pendek la . kata dia tak hensem la . hehe . last-last , tersangkut .  mcm mana boleh sangkut ni ? hadoi . entah laa . jodoh kot ?

Sepanjang perhubungan , mula-mula memang malu sikit . nak panggil dia SAYANG pun saya tak nak . sampai ada suatu hari tuh , dia paksa saya cakap “saya sayang awak “ . saya bukan tak nak cakap . tapi saya kelu nak cakap . tak tahu laa kenapa dengan lidah ni . haha . sampai kadang-kadang dia merajuk sebab saya payah nak ungkapkan perkataan “ sayang “ pada dia . ayat yang buat saya rasa terharu adalah :

“awak adalah yang terbaik bagi saya . tak kan pernah ada yang lain selain awak . awak sudi maafkan saya walaupun salah yang saya buat terhadap awak adalah besar . demi sayang saya pada awak , saya akan tunggu awak ungkapkan yang awak sayang saya . “

Saya hanya mampu tersenyum je . tak tahu nak cakap apa .
Seminggu lepas tuh , kami berjalan-jalan , bersiar-siar , bergurau mcm selalu yang kami buat . ada sekali tuh , dia cakap kat saya , :

“senyuman awak yang buat saya bahagia setiap hari . ketawa awak yang buat saya gembira . saya suka tgk awak mcm ni . jadi , selalu lah senyum dan ketawa utk saya . “

Saya pun jawab , “dan hanya awak sahaja yang boleh buat saya ketawa mcm ni . hanya awak juga yang boleh buat saya gembira hari-hari . dan saya hanya akan ketawa bila awak buat lawak. “

Dan sejak dari itu , saya sering tersenyum dan ketawa sendirian apabila ayat-ayat tersebut terngiang-ngiang di telinga . haih . apa laa yang ada kat mamat ni sampai saya boleh gembira mcm ni . hehe . saya sendiri pun tak menemui jawapan . ada suatu hari tuh , saya laetih sangat . dia ajak keluar jalan-jalan sebab dia bosan . saya tolak ajakkan dia . dia merajuk . ini first time dia merajuk . dan saya paling lemah dalam bab pujuk memujuk ni . jadi , saya biarkan je dia memujuk dirinya sendiri . besoknya , dia call saya . dia kata :

kenapa bila saya merajuk , awak tak pujuk saya ? ni tak , saya kene pujuk diri saya sendiri . sebab apa ? sebab saya sayang awak . “

Saya jawab , “ saya tak reti pujuk laa . dan saya tak pernah pujuk siapa-siapa pun . “

Dia balas , “ kalau tak reti , kena belajar tahu ? utk gembirakan hati saya juga . “

Saya hanya tersenyum mendengar rungutan dia . mcm-mcm laa mamat ni . masa berkawan dulu , tak nampak pula perangai dia mcm ni . hurm .

Hampir dua tahun kami bersama . pada suatu hari , dia pesan kat saya .

“hari ini jangan keluar . kalau nak keluar , tunggu saya bangun tidur . “
Apa ? tunggu dia bangun tidur ? halamak . da la dia kalau tidur , susah nak bangun . selagi tak malam , mana reti dia nak bangun . saya pun angguk tanda setuju . tak lama lepas tuh . kawan saya call . katanya , hari ini birthday kawan baik saya . alamak . mcm mana boleh terlupa ni ? saya pun segera la bersiap serta TERLUPA pesanan dia . tengah seronok , gembira , saya terlupa yang handphone ada dalam handbag . jam plak da menunjukkan pukul 5 petang. Tengok-tengok kat handphone ada 98 misscall dan 25 mesej . errrkk ! dari siapa ni ? rupa-rupanya dari dia . aik . awal pula bangun . saya pun call dia balik . dia tanya :

“ awak kat mana ? jom ikut saya pergi shopping . saya da gaji ni . “

Dengan rasa tak bersalah , saya jawab :

“ Laaaa . kenapa tak cakap awal-awal ? saya kat luar ni . tengah celebrate birthday kawan saya . “
Dia pun apa lagi , hangin laa satu badan . memang dia ni panas baran orangnya . tapi saya tak kesah . sebab dia tak pernah pukul saya walaupun marah mcm mana sekali pun . dia pun jawab dengan nada yang amat marah .

“ kan saya da kata awal-awal kat awak . jangan keluar . awak ni degil kan ? kenapa tak nak dengar cakap saya ni ? !@#^*((^%#@@#$^^&*()%#@#$$%  “ (tandanya dia tengah membebel . )

Saya malas nak dengar , saya terus letak talifon . agaknya sebab dia bengang dengan saya , dia sanggup cari saya merata-rata tempat . haih . sayang sungguh dia pada saya kan ?  tak lama lepas tuh . dia dtg rumah kawan saya . mcm tahu-tahu je yang saya ada kat sana . sebelum dia keluar kereta , saya cepat-cepat minta izin nak balik dan meluru ke kereta dia . masuk je kereta , dia senyap lagi . lepas keluar je dari kawasan perumahan tuh , apa lagi . bersiap sedia utk tahan telinga . membebal , kalah mak saya . saya ada strategi tersendiri utk buat dia berhenti membebel iaitu dengan menangis . haaa . kan da sejuk terus hati dia . terus dia bawa saya pergi shopping . marah-marah pun nak juga belikan barang-barang utk saya . haih . sayangnya dia pada saya .

Hari berganti hari . masa silih berganti . saya lalui saat-saat yang indah bersama dia . sukar nak lupakan kenangan-kenangan tersebut . dia tahu saya paling gemar menonton movie . seminggu sekali wajib pergi . tak kira la ada duit ke tak , wajib pergi . bila saya tanya kenapa , dia akan jawab , 

“ sebab awak suka tgk movie kan . dan saya perasan , setiap kali lepas kita tgk movie , awak akan senyum tanda awak puas kan ?

Saya hanya mampu senyum je . memang dia laa yang saya sayang . sampai hati ini tak sanggup nak meninggalkan dia .  sebulan sekali pula , wajib makan luar bersama dia , shopping bersama , dtg rumah keluarga masing-masing . terasa bahagia . memang bahagia waktu itu . saya tahu dia suka makan masakan saya . lauk paling dia suka ialah ayam masak merah dan paprik yang saya masak menggunakan air tangan saya sendiri . kalau dia makan , fuhh ! mcm orang kebulur je . tapi dia tak pernah bg comment apa-apa . sampai kadang-kadang saya tanya dia ,

“sedap ke tak ? “

Dia jawab , “ sedaplah sayang . pandai awak masak ! boleh jadi orang rumah saya nanti . “
Saya hanya mampu tersenyum . pandai mamat ni jaga hati saya . sayangnya dia pada saya . pada suatu hari, kawan dia meninggal . kawan yang rapat dengan dia . saya pelik , kenapa saya call tak dapat-dapat ? asyik cancel je . risau juga . tak lama lepas tuh , dia call saya balik . saya dengar dia menangis . saya hairan . saya tanya :

kenapa awak ? awak menangis ? “

Dia jawab , “kawan saya meninggal . saya sedih , awak . saya rapat dengan dia . dan saya orang terakhir yang bersama dia sebelum dia meninggal .saya tak sangka yang sms dia send kat saya , adalah sms yang terakhir dari dia . “

Saya bagi laa kata-kata semangat pada dia . dan akhirnya dia dapat tenangkan diri dia . haih . ingatkan hati tuh keras mcm batu , rupanya ada juga lembut . besok malam , dia mengadu pada saya yang dia sakit kepala . saya risau sakit lama dia datang balik je .tapi dia kata , dia ok . pukul 3 pagi , dia sms saya , :

“ awak , kepala saya sakit sangat . saya nak awak di sisi saya . “

Hurm . apakan daya . masa ni saya da pun sambung belajar ke satu tempat yang agak jauh dari dia . saya pun jawab la :

kalau saya dekat , saya da buat da mcm selalu . saya picit kepala awak , saya bobok kan awak . saya nyanyi lagu tidur utk awak . kan ? tapi maaf sayang . kali ini saya jauh dari awak . saya tak  awak dapat buat semua itu . “

Dia jawab , “ takpe laa awak , saya paham . hari ini saya nak awak tahu , saya memang sayang awak . “
Saya hanya mampu tersenyum . haih . sayangnya dia kat saya kan ? dia sangat memahami saya . dia sangat ambil berat juga . dahulu masa saya sakit , saya paling benci nak makan ubat . saya memang tak suka ubat . jadi , dia pun atur laa strategi supaya saya telan ubat . dia belikan saya mcm-mcm . sampai je kat rumah , dia suruh saya duduk . dia meluru ke dapur dan keluar membawa segelas air suam serta 2biji ubat . saya kena paksa . dia cakap :

kalau awak tak nak makan , lepas ni saya tak nak bawa awak tengok movie , saya tak nak bawa awak pergi shopping , saya tak nak buat lawak jenaka utk gembirakan awak ! “

Eerrrr . tegas gila mamat ni . nak tak , saya telan laa juga . hampir-hampir nak muntah pun ada . lepas dia tgk saya da telan , dia nak pastikan yang saya betul-betul da telan . dia suruh saya nganga dan dia nak tgk dalam mulut saya , kot-kot saya tak telan dan selit ubat tuh bawah lidah . dia kata :

“ saya buat mcm ni , sebab saya nak tengok awak sihat , bukan sebab nak dera awak . rabu ini , saya nak bawa awak pergi tengok movie . cerita feveret awak tuh da keluar . kalau sakit , mcm mana nak tgk ? kang melepas , awak juga yang menangis ! “

Saya hanya mampu tersenyum . ada je laa benda yang dia nak jawab . haih . mcm mcm laa mamat ni tau . nak marah pun , tak jadi nak marah . hehe .

tapi saya tak nafikan laa kalau ada yang kata tak mungkin saya dengan dia tak pernah bergaduh. ada juga sekali sekala gaduh . tapi bak kata orang tua-tua , kalau tak gaduh , macam mana nak cari sefahaman kan ?
kene selalu bertolak ansur . dia selalu tegur saya kalau saya buat silap. teguran yang amat baik sekali . kalau dia buat salah pun , saya akan tegur dia . walau pun kadang-kadang dia tak nak dengar , tapi dia cuba nak berubah . bagus kan dia ? hee .

Alhamdulillah , kami telah di ikatkan dengan satu ikatan pada hujung tahun lepas . semoga dengan ikatan ini , semua pengorbanan dan kasih sayang tidak menjadi sia-sia . doakan yang terbaik buat kami berdua . Amin  ~

1 comment:

  1. ak doakan kodoh ko n mister nazrul 2 berkekalan smpai akhir hyat...hhehee :P

    ReplyDelete