NURUL SHUHADA HAMZAH

: tidak suka susahkan sesiapa :
: tidak akan minta tolong sesiapa ketika susah :
: tidak suka orang yang hipokrit dan pengkhianat :
: benci stalker !!! :

Wednesday, October 20, 2010

Road Tour Kuantan

firstly , 
syazwani abrahim saya da baca blog awak .
hehe . kesian awak .
takpe . nnty saya belanja ABC shah alam ye ?
takda hal laaa . =)


next


semalam sehari suntuk berada di Kuantan , Pahang .
engatkan tak nak menginap di sana . 
tapi , 
paham2 saja laaa .
kalau da berjalan , 
mana nak ingat masa kan ?
tuh yang terlajak sampai ke malam .
nak balik hostel pun , 
blom tentu boleh masuk .
sebab da melebihi pukul 11 p.m .
apa lagi . kami pun cari laa jalan alternantif .
iaitu menginap di rumah kawan kami .=)
jimat kos laa katakan .
hehe .
saya bercerita dari permulaan hari ye ?
pagi2 lagi da bangun .
apa lagi .
bersiap laaa .
anak dara kalau bersiap ,
paham2 je laa .
hehe .
lepas da bersiap ,
pergi ambil kereta .
da service , check tayar , temperature semua ,
apa lagi .
Road Tour Kuantan pun bermula .
semua drive mcm hape je .
meter tak nak kalah .
laju tak nak kalah .
yela .
kiranya konvoi VIVA laa katakan .
hehe .
speed habes semua .
sebab tak nak kene tinggal .
waja , alphard , estima , latio ,
semua kami boleh challenge walaupun hnya VIVA
speed tahap cipan masing2 .
haha .
saya paling benci bila follow belakang kereta yang dipandu oleh ,
fadhilah rawi !
sebab suka sgt main break2 dan break mengejut !
sampai kat satu traffiq light tuh ,
ada sebuah kereta mencelah .
apa lagi . .
fadhilah rawi pun break emergency .
saya plak time tuh meter tgh berpusing2 ,
(maknanya tengah laju laa tuh )
apa lagi . . 
duuuusssshhhh !!!!
langgar belakang kereta dia .
haha .
naseb baik member2 ,
apa da hal kan ?
huhu .
kami pun menuju ke East Cost Mall .
niat nak shopping .
tapi takda apa yg menarik .
hanya singgah Body Shop untuk beli barang2 peribadi .
lepas selesai makan , 
semua nak berkaraoke .
apa lagi .
pergi laaa KTV .
bapak murah !
bilik medium , RM40 , karaoke 3JAM !
waaaahhhh ! sangat gempak !
saya boleh jadi regular customer kalau KTV ni ada kat shah alam .
huhu . kaki karaoke laa katakan !
lepas karaoke , habes dalam pukul 7 malam ,
kami singgah di kedai makan milik family kawan kami .
perrrgghh ! makan FREE beb !
lauk terbaik !!! sangat terbaik !
bila da kenyang ,
perut da berisi , rasa malas plak nak balik .
tapi masing2 gian nak main bowling .
kawan kami pun bawa laa kami pergi main bowling .
dalam pukul 9 p.m.  baru bertolak .
sesudah sampai je pusat bowling tersebut ,
kami tak dibenarkan bermain pada hari tuh .
nak tahu sebab apa ?
sebab ada tournament laa plak .
haih !
dr jauh datang ingatkan dapat main ,
rupanya tidak !
ggggrrrrrhhhh ! 
kami pun tukar laa lokasi .
iaitu menuju ke Benteng .
kawan saya kata , 
lepak situ sebab boleh tngkap gambar .
nak tangkap apanya ?
kawasan tak nak gelap plak !
da bosan kat situ ,
pergi pula ke Teluk Chempedak .
kat sana best sikit .
ada pantai , McD , KFC .
so , takda laa bosan .
time tengah jalan keliling pantai ,
saya terlihat ada pelukis .
saya dan Fadhilah Rawi rasa excited gila nak suruh abg tuh lukis gambar kami .
hehe . ( macam kat shah alam takda je benda ni )
abg tuh kata ,
selalunya dia lukis ambil masa dalam setengah jam sahaja .
tapi . .
dia lukis gambar fadhilah Rawi ,
ambil masa lebih dr sejam !
haha . sebab dia cerewet sangat kot ?
gambar tersebut siap dalam pukul 1 a.m .
kami semua da letih .
niat nak balik terus .
semasa dalam perjalanan nak balik ,
kami jumpa dua Road Block.
kami tak lari . buat apa nak takut .
redah je !
sampai je kat polis tuh , saya drive slow .
kereta kawan saya kat depan da kene tahan , berhenti tepi .
saya ingat saya tak kena , 
tapi , 
saya juga disuruh berhenti ke tepi .
saya pun benti laa tepi jalan .
polis tuh minta laa I/C kami semua .
dia ingat saya takda lesen laa tuh .
saya pun bg laa I/C daln lesen .
sebab polis tuh minta . 
lepas dia da check semua I/C ,
dia panggil nama seorang2 untuk ambil I/C masing2.
nama saya paling bawah sekali .
dia pun panggil laa nama saya .
saya nak ambil I/C saya ,
tapi polis tu tak nak bagi.
then , tiba2 dia sound saya ,
dia cakap "awak nampak tak tuh tanda apa ? "
( maksudnya papan tanda "berhenti . pemeriksaan polis" )
saya pun jawab laa "nampak !"
polis tuh kata lagi "kalau nampak , kenapa awak tak berhenti ?"
saya pun diam je laa .
polis tuh memang bangang .
dia tanya saya soalan yang sama seperti diatas , banyak kali .
kali terakhir dia tanya , 
saya mula tinggikan suara .
saya sound dia balik .
saya cakap " kalau cik nak saman , cik saman je laaa !!!! "
secara automatik muka polis tuh berubah .
mesti dia ta expect yang saya berani sound dia mcm tuh .
fadhilah rawi pun da bengang tahap cipan .
dia terus cakap , " call abah laa senang ! "
( abah tuh ialah seorang polis dan juga jurulatih kami masa sekolah )
time dia cakap mcm tuh ,
air muka polis tuh terus berubah .
dia siap tnya kagi " nak call sape tuh ? "
kami tak jawab pun . padan laa muka kau !
haha .
kau ingat kami budak2 kecik ke kau nak bodoh2 kan ?
sorry laa !! kau silap orang !
lepas je kami kata nak call abah kami ,
dia terus bagi I/C dan lesen saya .
saya pun ambil laa .
then , polis tuh teus pergi .
dia tinggalkan kami terpinga-pinga .
saya pun malas nak tunggu lama2 , 
saya pergi laa kat polis tadi .
saya tanya dengan nada yang amat kurang ajar " da boleh balik ke ?!!!! "
polis tuh pun jawab " ye . awak da boleh balik . "
dia cakap dengan nada yang sangat peramah .
seolah-olah mcm takda apa yang terjadi tadi .
aik ? tiba-tiba je kan ? takut ke ?
haha . lawak laa kau ni polis !
semasa dalam kereta ,
apa lagi .
operasi kutuk mengutuk dan ketidakpuasan hati dijalankan .
haha . saya tak sangka yang saya berani buat mcm tuh .
hohoho. =)
dalam 15 minit kemudian ,
sampai laa tempat penginapan kami .
masuk je rumah ,
sembang2 kejap dengan tuan rumah ,
kami terus masuk bilik ,
tukar pakaian ,
terus tidur .
ZzZzZzZzZzZzZzZzZ !!!!!!
sampai besok pagi .


next


sepanjang malam saya tidur ,
banyak kali kaki saya kejang semasa tidur .
sakitnya , tuham saja yang tahu .
lepas da bersiap-siap nak balik hostel ,
kami sempat bersarapan nasik kerabu .
boleh tahan rasanya .
da kenyang , apa lagi .
bertolak laa balik terengganu .
semalam nak sampai Kuantan ambil masa hampir2 3jam baru sampai .
hari ini , nak balik Terengganu , hnya ambil masa tak sampai 2jam .
waaahhhh !
betul-betul speed ni .
hehe .
alhamdulillah , selamat sampai ke destinasi .
lepas ni saya nak tidur . 
saya sangat penat .
hehe .
semoga terhibur setelah baca blog saya ini . 
have a nice day ! =)





No comments:

Post a Comment